Bagai isi dengan kuku bermaksud persahabatan yang paling erat.
Seakan-akan semua ini terjadi secara kebetulan.
Yalah aku baru habiskan diri ku menjadi "angel" di tanah suci dan aku sendiri terkejut.
Terkejut kerana segala doa dan hajatku didengari dan ditunaikan oleh maha pencipta-NYA.
PATUTLAH : " kalau kau mahu doamu jadi mustajab , insyallah, ber "full blast" kau pergi berdoa ke Makkah dan Madinah.
TAPI
MULUT kena jaga. Jangan suka merungut sebab kedua-dua tempat ini adalah akhirat nombor dua.
( ini cuma pandangan peribadi aku sendiri)
Terpulang kepada kau, anda dan engkau semualah . Tepuk dada tanya selera mengenai pendapat ku ini.
|
Malar berselera ma susu anmum |
Di kala senja,
Aku, kau ,dia dan engkau saling mengisi kesepian,
Aku mulakan cerita dengan pengalaman,
Kau mulakan cerita dengan kehidupan,
Dia datang menggubah penceritaan ,
Dan
Engkau pula menghapuskan penderitaan.
Dengan perlahan, kedukaan hilang berlalu.
Nukilan ku tujukan kepada:
Persahabatan kita berempat .
Ciri- ciri si AKU
Orangnya "chubby", paling pendek dan paling suka pakai "telinga-telinga " (earphone).
Si AKU dan si DIA seorang pendiam .
Ciri-ciri si KAU
Kulitnya halus dan tidak kedekut dengan senyuman walaupun dia sedang marah .
Si KAU dan ENGKAU seorang ringan mulut.
Ciri-ciri si DIA
Orangnya paling kecik dan sentiasa bersama dengan telefon bimbit (mrs telephone).
Ciri si ENGKAU
Orangnya tinggi lampai persis model yang memperagakan busana.
AKU berharap persahabatan kita tidak pernah renggang bagaikan air yang dicincang tak akan putus.